New mp3 Song

Surah Al-Kahfi | Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi | tafsir Bahasa Melayu

by khairulazmi mohamed , at 2012-11-22T11:16:08.000Z , has 344088 play
Surah Al-Kahfi | Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi | tafsir Bahasa Melayu

Song Details

Source Youtube.com
Song title Surah Al-Kahfi | Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi | tafsir Bahasa Melayu
Tags Bacaan, Surah Al-Kahfi, Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi, beserta tafsir, terjemahan, Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia
Duration 29:24
Bitrate 128Kbps

Bacaan Surah Al-Kahfi oleh Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi beserta tafsir Bahasa Melayu.

Surah Al Kahfi adalah surah yang Sunat dibacakan pada Hari Jumaat berdasarkan beberapa hadis yang Sahih :

1.Menurut Anas ibn Malik pembacanya diberi cahaya antara langit dan bumi, terpelihara dari azab kubur, nyalaan api, kesempitan, himpitan kubur, pukulan malaikat yang ganas kasar, cacing-cacing, ulat, himpitannya. Hadith ini ditakhrij oleh al-Imam al-Darimi dalam Musnadnya, Kitab Fadail al-Quran hadith 3273. a-Hafiz Abu Bakr ibn Mardawayh meriwayatkan dari Ibn Umar ra,
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه إلى عنان السماء يضيء له يوم القيامة وغفر له ما ين الجمعتين . روى الدارمي بسنده عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ *
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bersinar cahaya dari kakinya hingga ke kaki langit, bersinar cahaya itu hingga Hari Qiyamat dan diampunkan dosanya antara 2 Jumaat." (yakni dosa semingga yang lalu).

2.Antara kelebihan surah al-Kahfi ialah Allah memberikan cahaya pada hati pembacanya, membersihkannya dan dipenuhi dengan hidayah dan kebenaran. Al-Hafiz Sa'id ibn Mansur meriwayatkan dalam al-Sunan dari Abu Sa'id al-Khudri,
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi baginya cahaya dari tubuhnya hingga ke al-Bayt al-Atiq (Kaabah)." Begitu juga yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hakim dan Ahmad ibn Musa ibn Mardawayh.

3.Terpelihara dari penipuan dan penyesatan dajjal. Dajjal dan kuncu-kuncunya mempromosikn syurganya yang membawa ke Neraka Jahannam. Al-Hafiz al-Diya' al-Maqdisi, meriwayatkan dari dari Ali ibn al-Husayn dari ayahnya dari Ali,
من قرأ سورة الكهف فهو معصوم إلى ثمانية أيام من كل فتنة وإن خرج الدجال عصم منه
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi maka ia terpelihara 8 hari dari segala fitnah sekiranya Dajjal datang nescaya ia terpelihara darinya."
Sabit dalam Sahih Muslim Kitab Solat al-Musafirin, Bab Fadl Surah al-Kahf hadith dari Abu Darda' bersabda Nabi saw,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَات من أول سورة الكهف عصم من الدجال, وفي رواية : مِنْ آخِرِ..
"Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir akan terpelihara dari fitnah dajjal. Sesiapa yang berjumpa dengan dajjal bacalah awal surah al-Kahfi. Sesiapa yang hafaz 10 ayat terpelihara dari dajjal sesiapa yang menghafaz seluruhnya akan masuk syurga." Dalam riwayat Abu 'Isa al-Tirmidhi "Sesiapa yang menghafaz 3 ayat terawal surah al-Kahfi.." dan beliau berkata hadith hasan sahih

Credit : Hajar Hussin

Download MP3


iTunes m4a
About
Surah Al-Kahfi | Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi | tafsir Bahasa Melayu - written by khairulazmi mohamed , published at 2012-11-22T11:16:08.000Z, categorized as Bacaan, Surah Al-Kahfi, Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi, beserta tafsir, terjemahan, Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia, data is provided by Youtube.
Related posts
Copyright ©2017 New mp3 Song
Powered by Slimp3